Tuesday, December 30, 2008

DEMONSTRASI SALAH SATU GELANGGANG GAYONG DI KLANG

Ini adalah demonstrasi pertama Akademi Seni Gayong Klang. Diadakan di Pulau Indah, Klang.

Cuaca panas terik dan mencabar fizikal dan mental setiap peserta demo.

Saksikanlah...

MAKLUMAT RINGKAS GURU / GURULATIH

MAKLUMAT RINGKAS GURU PENASIHAT / GURULATIH :

Assalamualaikum dan salam sejahtera… Salam pengenalan dan persahabatan dari Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia SMK Bandar Baru Sultan Suleiman...
Syukur ke hadrat Ilahi kerana segala limpah kurnianya kepada kita. Semoga kita semua akan menjadi insan yang sentiasa mensyukuri nikmat dan pemberiannya.

Salam pengenalan dari saya. Saya lahir pada 5 November 1979. Saya sudah berumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata putera. Saya berasal dari Meru Klang dan kini tinggal di Meru Klang.

Pagi tadi saya baru menghadiri mesyuarat pertama sekolah. Guru-guru sekolah begitu mesra dan rasa kasih sayang jelas terpancar di wajah setiap guru.

Ini sekolah saya yang ke tiga. Sebelum ini saya pernah mengajar di MRSM Mersing bermula Febuari 2003 hingga September 2003 (8 bulan sahaja). Selepas itu saya mendapat tawaran bertugas di Sekolah Sukan Bukit Jalil bermula September 2003 hingga Disember 2008 (6 tahun).

Salah satu tanggungjawab yang di beri di sini ialah menjadi guru penasihat persatuan silat di sekolah ini. Blog ini diwujudkan bagi memudahkan persatuan ini menyampaikan maklumat terkini berkenaan perancangan dan pelaksanaan program-program yang dijalankan oleh persatuan.

Semoga sinar baru akan menyinari kehidupan kita semua pada hari-hari mendatang...

Berikut adalah perancangan aktiviti persatuan. Semoga apa yang dirancang akan terlaksana. Amin...


Nama : Mohamad Iswan bin Basro
Kelulusan : Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sukan dan Rekreasi UKM (1999 - 2002)


SEJARAH DAN PENGALAMAN DALAM BIDANG PERGURUAN :

1. MRSM Mersing, Johor : (Febuari 2003 - September 2003)
2. Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur : (September 2003 - Disember 2008)
3. SMK Bandar Baru Sultan Suleiman, Klang : (Januari 2009 - sekarang)


SEJARAH DAN PEMBABITAN DALAM BIDANG SILAT:

Tempoh Berkecimpung : 1995 hingga sekarang
Status : Gurulatih
Sandang Kebesaran : Khalifah Muda ( 2002 )
Bengkung : Kuning Chula 5
Jawatan Daerah : Timb. Setiausaha PSSGM Daerah Klang
No. Ahli : PH 193 – 2002 (Ahli Seumur Hidup)


PENGALAMAN DAN PENCAPAIAN DALAM BIDANG SILAT :

Tahun 2000 :
1. Mewakili Majlis Sukan Universiti Malaysia ( MASUM ) SUKMA ke-8 Pulau Pinang 2000
2. Mewakili Selangor Kejuaraan Silat Kebangsaan ke-11 Kuala Lumpur 2000
3. Pertandingan Silat SeniPeringkat Negeri Selangor 2000 - Pingat Emas
4. Kejohanan Pencak Silat Antara IPT MMU 2000 - Pingat Emas
5. Kejohanan Pencak Silat Rakan Wajadiri Jemputan IPT UKM 2000 - Pingat Emas
6. Pertandingan Sukan Silat Olahraga Antara Kolej ( SUKEM ) 2000 - Pingat Emas

Tahun 2001 :
1. Mewakili UKM Kejohanan Pencak Silat Rakan Wajadiri Jemputan IPT UPM 2001
2. Pertandingan Sukan Silat Olahraga Antara Kolej ( SUKEM ) 2001 - Pingat Emas
3. Kejuaraan Silat Seni Terbuka Sempena Karnival Jualan Merdeka 2001 - Pingat Emas

Tahun 2002 :
1. Pertandingan Silat Peringkat Daerah Klang 2002 - Pingat Perak

Tahun 2004 :
1. Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Hari Kebangsaan 2004 - Pingat Perak


GELANGGANG DI BAWAH PENGAWASAN :

1. Akademi Seni Gayong, Meru Klang (Isnin & Sabtu : 9.00 mlm - 10.30 mlm)
2. Kojej MSU/PTPL Shah Alam (Ahad : 9.00 mlm - 10.30 mlm)
3. Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang (KISAS)(Ahad : 10.00 pg - 1.00 tgh)
4. SMK Bandar Baru Sultan Suleiman (Rabu : 3.00 ptg - 5.00 ptg)
4. Gelanggang Bandar Sultan Sulaiman (Sabtu : 5.00 ptg - 6.30 ptg)
5. SK Meru, Klang (Ahad : 3.00 ptg - 4.30 ptg)


Web Site Peribadi : http://isa777.multiply.com

E-mail Peribadi : gayong1@gmail.com

Blog Perniagaan Peribadi : http://www.mari-jual-beli.blogspot.com

Yahoo Massager (YM) : gayong6@yahoo.com.sg

Friendster & Myspace : gayong1@yahoo.com.my

PERANCANGAN AKTIVITI TAHUN 2009

1. Majlis Ikrar Penerimaan Sebagai Murid
Hati / Tarikh / Masa : Ahad - 25 Januari 2009 - (3.00 ptg – 5.00 ptg)
Tempat : Dewan SK Meru
Anjuran : PSSGM SK Meru dengan kerjasama PSSGM daerah Klang Melibatkan gelanggang-gelanggang daerah Klang

2. Demonstrasi Sempena Hari Sukan Sekolah
Hari / Tarikh / Masa : Mengikut Taqwim Sekolah
Tempat : Mengikut ketetapan sekolah
Anjuran : PSSGM SMK BBSS
Catatan : Melibatkan ahli-ahli PSSGM SMK BBSS

3. Pertandingan Silat Sekolah-sekolah Daerah Klang
Hari / Tarikh / Masa : Mengikut ketetapan PPD Klang
Tempat : Mengikut ketetapan PPD Klang
Anjuran : PESAKA dan PPD Klang
Catatan : Melibatkan semua sekolah-sekolah daerah Klang

4. Ujian Kenaikan Bengkong
Hari / Tarikh / Masa : Ahad - 12 April 2009 - (9.00 pg – 12.00 tgh)
Tempat : Padang Kolej MSU / PTPL Shah Alam PSSGM
Anjuran : Kolej MSU / PTPL Shah Alam
Catatan : Melibatkan gelanggang-gelanggang daerah Klang dan Shah Alam

5. Bengkel Pembangunan Beladiri Guru dan Staf SMK BBSS
Hari / Tarikh / Masa : Rabu - 29 April 2009 - (3.00 ptg – 5.00 ptg)
Tempat : SMK BBSS
Anjuran : PSSGM SMK BBSS
Catatan : Terbuka kepada semua guru dan staf SMK BBSS

6. Lawatan ke Gelanggang Pusat Latihan Kajang Utama
Hari / Tarikh / Masa : Ahad - 28 Jun 2009 - (8.00 pg – 2.00 ptg)
Tempat : Gelanggang Pusat Latihan Kajang Utama
Anjuran : PSSGM SMK BBSS
Catatan : Melawat gelanggang dan latihan bersama

7. Gayong Perdana Daerah Klang 2009
Hari / Tarikh / Masa : Ahad - 12 Julai 2009 - (8.00 pg – 5.00 ptg)
Tempat : SMK BBSS
Anjuran : PSSGM SMK BBSS dengan kerjasama PSSGM daerah Klang
Catatan : Melibatkan gelanggang-gelanggang PSSGM daerah Klang dan gelanggang jemputan

8. Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Akhir Tahun
Hari / Tarikh / Masa : Rabu - 30 September 2009 - (3.00 ptg – 5.00 ptg)
Tempat : SMK BBSS
Anjuran : PSSGM SMK BBSS
Catatan : Jamuan dan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK PSSGM BBSS